Like Me Here !

Puisiku Kosongmu

Views




* Cute ! Macam budak sekolah*
Assalamualaikum . Setelah sekian lama Fasha kena kidnap . wahaha~ kidnap lha sangad . Takdelah . Nak kata bz takdelah bz mana pun cuma takda masa nak buad entry baru . So , korang suka main kira-2 kan . Jom kita kira berapa lama dha Fasha takbuad entry . Last entry Sep 2013 . Malas nak kira panjang-2 so tolak tambah darab bahagi dha setahun 2 bulan tak dengar berita cik Fasha kann . hoho~ Sorry guys . Tahu korang rindu kite ann . ann . ann . Ngaku jelahh . haaa~ ada pom yang angkat tangan . jyeahh ! :3 
Jap Jap Jap ~ Ada yang pelik dengan gambar mamat topeng kat atas tuh . haa~ korang engad tak dulu Fasha selalu guna lagu dia as my blog's song . Sekarang dha jadi retis dhaa . hensemm kowt ! Suka sangad kat dia . Kira peminat setialah . 12/12/14 nih dia not dia but beliau . haaa~ beliau nak buad gathering dengan fans beliau yang ramai gilosss . so , InsyaAllah Fasha pergi . haa ~ Siapa yang pergi lagi ? nanti kite jumpa yer . selfie-melfie sampai pitamm . h0key ?
Guys ! Fasha nak buad puisi spontan takberapa spontan lha sebab otakk beku . hope u guys suka . yelahh setahun takbermadah kata memang rasa awkward . Wait ! Sebelum tuh . Cantik tak background ? hehe~ ketandusan . Oh ! Link blog bertukar yer ? Ada orang guna link blog macam Fasha so , Fasha tukar lha . Plz wait for new header ! Dalam proses ^^ Hokeyyy~ Jadi , terimalahh . Kosong . .

Seketika . .
Wahai Rindu !
Terbang lah dikau .
Terbanglah jauh dan terus menjauh .
Jauh dari sisiku . Jauh dari hatiku .
Agar aku tidak tersiksa dengan asa yang tersisa .
Hati ini amat sakit jika engkau hadir menyapa aku .
Seketika . .
Wahai Cinta !
Lari lah dikau .
Larilah selaju yang kau mahu dan sepantas yang kau mampu .
Melaju meninggalkan aku . Melaju meninggalkan hidupku .
Agar di ini tidak dibebani akan kehadiran dirimu .
Hati ini sungguh tergores dengan kata-kata cintamu yang kau cipta .
Seketika . .
Wahai Sayang !
Pudar lha dikau .
Pudarlah dari meresapi perasaanku dan merasuki hatiku .
Lenyaplah dari menghantui hari-hariku . Lenyaplah dari radar pencarianku .
Agar airmata ini tidak lagi mengalir kerana kata-kata indahmu .
Seketika . . Kosong . .
Ya ! Kosong . .
Kata-katamu kosong . Madahmu kosong . Cintamu jua kosong .
Terbanglah ! Teruskan melayang .
Berlarilah ! Teruskan arusmu .
Pudarlah ! Teruskan menghilang .
Damailah dikau , Sayang !
Kerana hanya aku yang mengharapkanmu .
Sedangkan kamu ? Kosong .
Tetap kosong dengan hatimu .
Ya ! Hatimu jua kosong .
Biarlah aku di sini . Tinggalkan aku menyendiri .
Kerana apa ?
Kerana hanya aku ya cuma aku yang mencintaimu .
Mencintaimu dalam diamku .
Namun kamu tetap begitu .
Kosong . .
Kosong . .
Dan kosong .

No comments:

Post a Comment

Hye , Cute~!!
wahhhhh~!! Keyboard awak cantek lhaa .
Tinggalkan komen sket . 1 pung jadi lha . Hik-3